PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi membuktikan kemampuannya selepas membantu University Auburn muncul juara acara 4×100 meter pada kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan di Oregon, Amerika Syarikat , hari ini.
Kuartet yang dibarisi Azeem bersama Kanysola Ajayi, Dario Matau dan Charamba berhasil mencatatkan masa 38.03 saat selepas melepasi ujian saringan 38.38s yang mana catatan terbaik mereka musim ini. Kejohanan ini menjadi medan pemanas badan pelari berusia 20 tahun itu bagi beraksi di olahraga Terbuka Malaysia di Kuantan pada 14 hingga 16 Jun ini.
Pelari berasal Teluk Intan itu masih mencari detik catatan 10s demi melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Education Education Latest News, Education Education Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »